BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 17 December 2010

mesej


[ Copy this | Start New | Full Size ]

Monday, 13 December 2010

Wednesday, 24 November 2010

Rasulullah SAW Dihina Lagi

Info Semasa Oleh: asshafiee



" Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini? Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untuk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat. (Lihat Gambar) Alasan yang digunakan oleh Barat adalah tidak lain tidak bukan, kebebasan. Sesungguhnya kebebasan yang mereka laung-laungkan itu hanyalah merupakan alasan untuk terus menghentam Islam. Apakah ratusan Muslim yang dipenjara di Guantanamo Bay tanpa pertuduhan menikmati kebebasan seperti mana yang dilaung-laungkan Barat? Apakah individu di Barat yang mengkritik peristiwa ‘Holocaust’ bebas berbuat demikian? Hakikatnya terlalu banyak perkara yang boleh diketengahkan yang menunjukkan sikap hipokrit Barat dalam mengenengahkan idea kebebasan. Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Islam sebenar yang akan melindungi kita. Mereka tahu bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah. Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk War on Terror yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis: ‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador - or the fear of it - causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.' [Hesketh Pearson's biography of George Bernard Shaw] (Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki atau kebimbangan mengenainya sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya)

Sumber Tranungkite
Posted by Reformismuda2009 at 5/24/2010

Tuesday, 23 November 2010

Thursday, 18 November 2010

Kisah Kerajaan Semut


Oleh: PAScamerdeka



"Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu.



Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.



Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.



Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.



Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).



Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)



Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.



Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).



Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)



Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.



Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?



Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.



Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?



Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh



Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).



Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).



Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).



Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.



Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??



Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.



Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?



Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.



Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.



Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.

Sumber Tranungkite



Dicatat oleh BLOGGER PIBA SMKTM di 22:19 E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

Label: tazkirah 0 ulasan:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Monday, 15 November 2010

Update Terkini Perjalanan "Freedom Flotilla" Ke Gaza

Saturday, 13 November 2010

BOIKOT

                                       

Friday, 12 November 2010

PENJAGAAN KESIHATAN DAN PEMAKANAN AHLI SUKAN.

PENJAGAAN KESIHATAN DAN PEMAKANAN AHLI SUKAN.






                                                                  MINUMAN









1. Mereka yang aktif bersukan perlu meminum air yang seberapa banyak yang boleh.

2. Sebaik-baiknya minum minuman khusus yang disediakan untuk mereka yang aktif bersukan.

3. Anda juga boleh minum jus buah-buahan seperti jus epal, jus tembikai, jus oren, jus jambu dan sebagainya.

4. Sekiranya anda bakal menghadapi perlawanan, pastikan anda minum sebelum perlawanan,

semasa rehat dan selepas perlawanan berakhir.

5. Begitu juga ketika anda menjalani sesi latihan, amalkan tabiat meminum sebanyak mungkin

air yang diperlukan oleh tubuh anda.

6. Jika anda minum susu, pilihlah susu yang rendah kandungan lemaknya.

7. Elakkan minuman beralkohol. Begitu juga elakkan minuman seperti kopi, teh

dan seumpamanya.







MAKANAN





1. Adalah penting untuk mereka yang aktif bersukan untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan latihan atau bermain dalam sebarang pertandingan.

2. Banyakkan memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat dan proteinnya.

3. Walaupun makanan itu penting, jangan sekali-kali anda terlebih makanpula kerana keadaan itu pasti menjejaskan prestasi anda dan mutu permainan anda.

4. Elakkan makan makanan yang tinggi kandungan lemaknya dan makanan yang boleh menyebabkan anda gemuk atau meningkatnyaberat badan anda. Kurangkan mentega, marjerin, planta dan sebagainya.

5. Elakkan makanan yang manis dan tinggi kandungan gulanya. Kurangkan makan cokelat, gula serta kurangkan kandungan gula dalam setiap makanan anda.

6. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. (Pakar pemakanan menggalakkan ahli sukan memakan tiga hidangan buah-buahan setiap hari. Ini termasuklah buah-buahan sitrus seperti oren yang banyak mengandungi Vitamin C. Buah-buahan juga diketahui umum banyakmengandungi beta karotene)







KEPERLUAN DIET YANG BETUL



Selain daripada latihan,penjagaan kesihatan dan pemakanan amat penting bagi mereka yang aktif dalam sukan. Pelajar-pelajar yang aktif dalam sukan perlu memakan makanan yang

berkhasiat, kaya dengan protein, mempunyai karbohidrat yang tinggi bagi membekalkan tenaga

yang maksimum dan rendah kandungan lemaknya. Pakar pemakanan yang merancang diet untuk ahli-ahli sukan sepakat menyetujui bahawa mereka memerlukan karbohidrat dan protein

yang jauh lebih tinggi daripada kadar biasa yang diperlukan oleh kebanyakan orang.



Aktiviti sukan lasak seperti ragbi, bola sepak dan seumpamanya memerlukan banyak latihan. Ini bermakna anda memerlukan banyak tenaga dan perlu sentiasa dalam keadaan sihat dan

bertenaga. Makanan diperlukan untuk memberikan anda tenaga, membina otot, menjanakan otak dan juga bahagian-bahagian anggota badan anda yang lain.



Selain itu juga, pemakanan yang berkhasiat serta betul dietnya juga penting bagi membantu anda cepat pulih daripada kecederaan yang dialami semasa menjalani latihan atau ketika menyertai pertandingan. Ini adalah kerana setiap mereka yang aktif bersukan tidak dapat tidak akan terdedah kepada kecederaan. Oleh itu pemakanan yang betul adalah penting bagi memastikan mereka cepat pulih daripada kecederaan supaya dapat kembali cergas. Pemakanan dan diet yang betul akan membantu prestasi setiap ahli sukan selain dapat membantu

kecergasan dan mutu persembahan mereka ketika beraksi di padang atau gelanggang permainan.



Panduan umum yang diberikan kepada setiap ahli sukan dan mereka yang

aktif dalam bidang sukan ialah pastikan pemakanan anda berdasarkan fakta berikut :



a) 60 % karbohidrat (boleh didapati daripada buah-buahan sayur-

sayuran dan bijirin);

(b) 20 % protein (bahan-bahan tenusu seperti susu, telur, daging, ikan

dan lain-lain);(c) 20 % lemak (daripada semua jenis makanan).

Oleh itu adalah penting bagi anda mengetahui jenis-jenis makanan atau kumpulan makanan yang boleh menyumbangkan keperluan karbohidrat, protein dan lemak seperti yang diperlukan di atas. Makanan-makanan seharian yang kita makan, tergolong dalam enam jenis kumpulan iaitu :



(a) daging/ protein

(b) bijirin seperti gandum, roti, nasi dan sebagainya

(c) sayur-sayuran

(d) buah-buahan

(e) susu dan makanan seumpamanya

(f) makanan berlemak

Posted by Jelaga putih at 2/15/2010 03:18:00 PM

KEPENGADILAN BOLA SEPAK ( TAMBAHAN KEPADA PENGADIL )

Jumaat, Januari 29, 2010KEPENGADILAN BOLA SEPAK ( TAMBAHAN KEPADA PENGADIL )


PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN

Jaringan gol di tempat lawan, masa tambahan dan membuat sepakan dari tanda penalti adalah cara-cara untuk menentukan pasukan pemenang di mana peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berakhir dengan seri.



Jaringan Gol Di Tempat LawanPeraturan pertandingan boleh membuat peruntukan di mana pasukan-pasukan bermain sesama sendiri di tempat sendiri dan di tempat lawan, dan jika jaringan gol adalah sama selepas perlawanan kedua, maka gol yang dijaringkan di padang pasukan lawan akan dikira berganda.



Masa TambahanPeraturan pertandingan boleh menentukan lanjutan dua bahagian tempoh masa yang sama, tiap-tiap sebahagian tidak melebihi 15 minit untuk dimainkan. Syarat-syarat Undang-undang 8 hendaklah dipatuhi.









Sepakan Dari Tanda Penalti



Prosedur

• Pengadil memilih gol untuk sepakan dibuat.



• Pengadil membuat lentingan syiling dan pasukan yang Ketua Pasukannya menang lentingan akan menentukan sama ada untuk membuat sepakan pertama atau sepakan kedua.



• Pengadil membuat catatan berkaitan sepakan-sepakan yang dibuat.



• Tertakluk kepada keadaan-keadaan yang diterangkan di bawah, kedua-dua pasukan akan membuat lima sepakan.



• Sepakan dibuat berselang-ganti oleh pasukan-pasukan itu.



• Jika, sebelum kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, satu pasukan telah memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawannya walaupun jika kedua-duanya menyempurnakan bilangan lima sepakan itu, maka sepakan dari tanda penalti itu tidak perlu diteruskan.



• Jika, setelah kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, jaringan oleh kedua-dua pasukan itu adalah sama atau belum membuat jaringan, sepakan adalah diteruskan mengikut urutan yang sama sehingga salah satu pasukan memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawan setelah jumlah sepakan yang sama dibuat.



• Penjaga gol yang cedera semasa sepakan dari tanda penalti dibuat dan tidak berupaya untuk meneruskan tugasnya sebagai penjaga gol boleh digantikan oleh pengganti yang dinamakan dengan syarat pasukannya belum membuat bilangan maksimum penggantian yang dibenarkan mengikut peraturan pertandingan.



• Kecuali apa yang dinyatakan di atas, hanya pemain yang berada di dalam padang permainan pada tamat perlawanan, termasuk masa tambahan jika ada, dibenarkan membuat sepakan dari tanda penalti itu.



• Tiap-tiap sepakan adalah dibuat oleh pemain berlainan dan semua pemain yang layak mestilah membuat sepakan sebelum mana-mana pemain dibenarkan membuat sepakan kedua.



• Mana-mana pemain yang layak boleh bertukar tempat dengan penjaga gol pada bila-bila masa semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.



• Hanya pemain-pemain yang layak dan pegawai-pegawai perlawanan dibenarkan berada di atas padang permainan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.



• Semua pemain mestilah berada di dalam bulatan tengah padang kecuali, pemain yang sedang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol.



• Penjaga gol yang sepasukan dengan penyepak mesti berada di dalam padang permainan, di luar kawasan penalti di mana sepakan dibuat, atas garisan gol yang bertemu dengan garisan sempadan kawasan penalti.



• Kecuali dinyatakan sebaliknya, Undang-undang Permainan yang berkenaan dan keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa adalah dikuatkuasakan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.



• Apabila suatu pasukan menamatkan perlawanan dengan bilangan pemain yang lebih dari pasukan lawannya, mereka mestiah mengurangkan bilangan pemainnya untuk menyamai pasukan lawan dan ketua pasukan mestilah memberitahu Pengadil nama dan nombor pemain yang dikeluarkan.



• Sebelum sepakan dari tanda penalti dibuat Pengadil hendaklah memastikan kedua-dua pasukan mempunyai bilangan pemain yang sama berada di dalam kawasan bulatan tengah dan mereka sajalah yang dikehendaki membuat sepakan.

Posted by Jelaga putih at 1/29/2010 10:48

Friday, 29 October 2010

JIKA FACEBOOK ADA DI ZAMAN HANG TUAH.


Jika facebook ada di Kesultanan Melayu Melaka, mungkin begini gamaknya status yang ada.:)

Saturday, 23 October 2010

Welcome to my Blog